TOKMAD EMPIRE As Syifa

Untuk merawat masalah fizikal dan spiritual

Whatsapp Kami

Produk Popular

"Setiap Orang Wajib Ada Bidara Di Rumah! Penawar Segala Anasir Jahat. Moga Kita Semua Dilindungi Olehnya."

"Usaha Tangga Kejayaan"

Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula

Trivia Bidara As Syifa

Bidara atau nama saintifiknya Ziziphus mauritiana adalah sejenis pohon kecil yang terkenal dengan khasiat dan manfaatnya. Pohon ini juga ada disebut di dalam Al Quran dan dinyatakan di dalam hadis. Pohon bidara sering digunakan dalam rawatan islamik dan tradisional serta berbagai proses ibadah. Antara perkara sunnah yang ramai tidak tahu dalam penggunaan daun bidara ini termasuk ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid dan ketika memandikan jenazah untuk menghilangkan najis dari tubuh mayat.

Selain itu antara manfaat utama pohon bidara adalah sebagai ikhtiar bagi menggelak daripada gangguan makhluk halus dan untuk kesembuhan pelbagai penyakit. Khasiat daun bidara telah dikormesialkan oleh Bidara As Syifa dan disediakan dalam bentuk yang lebih mudah penggunaannya. Ikuti trivia berkaitan pohon bidara..

Khasiat Bidara As Syifa

Produk Bidara As Syifa mempunyai banyak khasiat dan manfaat. Antara khasiat yang boleh didapati adalah seperti berikut:

15 Khasiat Produk Bidara As Syifa

  • Menghilangkan mengantuk ketika memandu
  • Melegakan resdung dan sinus
  • Melegakan selsema
  • Melegakan penafasan
  • Melegakan batuk dan mencairkan kahak
  • Melegakan migraine dan sakit kepala
  • Mengurangkan dan melegakan sakit sendiri dan otot
  • Mengurangkan masalah gatal-gatal
  • Menghalau serangga dan pepejiat
  • Merawat luka kecil
  • Sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • Membuang angin dalam badan
  • Menghindari diri dari gangguan jin
  • Bermanfaat menghilangkan pengaruh sihir

As Syifa

As Syifa pada asasnya adalah barangan yang menggunakan sumber dari sunnah Nabi S.A.W. dan keutamaan adalah daun bidara. Bahan-bahan sunnah ini diproses dari sumber asli dengan kualiti yang tinggi. Setiap keluaran As Syifa dijamin kesucian dan ditanggung halal. Produk As Syifa melalui proses pembuatan yang sistematik dan semua barangan As Syifa akan diruqyah secara manual sebelum dipasarkan. Produk As Syifa akan melalui proses Ruqyah dengan ayat-ayat pendinding ( petikan ayat Al-Quran ) dan telah dirumuskan dengan peralatan asas Rawatan Islam. Tradisi dan proses ini telah dilakukan sejak keluaran awal produk Bidara As Syifa yang digunakan di pusat rawatan.

Rawatan Produk Bidara As Syifa

  • Gangguan makhluk halus
  • Jin dan sihir
  • Pukau
  • Mimpi-mimpi buruk
  • Kesan lebam-lebam ( wanita )
  • Kesukaran tidur malam
  • Penampakan kelibat
  • Mendengar bisikan

Bidara dalam Al-Quran

Surah Saba, Ayat 16

" فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ "

Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.

Surah Waqi’ah, Ayat 27 - 32

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ (28) وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ (29) وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ (30) وَمَاء مَّسْكُوبٍ (31) وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ (32)

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan (penghuni syurga) itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas,dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak.

Bidara dalam Hadis

1. Daun Bidara Sebagai Mandian Wanita Haid

Dari Aisyah r.ha bahawa Asma bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi wanita haid. Maka baginda bersabda, “Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan Daun Bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya”.

[HR. Bukhari No. 314 & Muslim No. 332]

2. Daun Bidara Untuk Memandikan Mayat

“Mandikanlah dengan menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara sebanyak 3 kali, 5 kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (wangi-wangian)”.

[HR. Bukhari No.1253 & Muslim No.939]

3. Digunakan bagi Mengusir Jin yang merasuk atau sebab akibat disihir.

  • Ibnu Katsir saat mentafsirkan surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bercerita mengenai fitnah syaitan kepada Nabi Sulaiman. Di dalam penceritaan tersebut Syeikh Al Qurtubi menceritakan daripada seorang ulama yg bernama Wahab bin Munabid iaitu cara untuk mengubati Sihir:
  • "Di ambil 7 helai Daun Bidara ditumbuk halus lantas dicampur air serta dibacakan Ayatul Kursi serta di beri minum pada orang yang terkena sihir 3 kali teguk serta baki airnya diguna untuk mandi. InsyaAllah akan hilang sihirnya".
  • "Dan hendaklah membaca Surah Al-Falak, An-Nas serta ditambah Ayatul Kursi kerana ayat-ayat ini mampu mengusir syaitan".

[Tafsir Ibn Katsir Jilid 1 Terjemahan Singkat Halaman 171]

[Tafsirul QuranilAzim Juz : 1 halaman 372]

Ejen Bidara As Syifa Seluruh Malaysia Diperlukan

Bergabung dengan Tokmad Empire Sekarang!

Ingin Menjana Pendapatan Sambil Membantu Orang Dengan Produk Bidara As Syifa? Sertai Tokmad Empire Sekarang!

agent diperlukan

Testimoni Bidara As Syifa

Maklum balas daripada pelanggan

Hubungi Kami

Bidara As'syifa HQ

Jalan Sri Kenari 10 , Taman Sri Kenari, 43000 Kajang, Selangor Darul Khusus.